A Thousand Miles
A Thousand Miles
Chunky Monkey
Thanks :'(
Tuesday, May 8, 2012, 8:08 PM , 0 comments
Terima kasih sebab bagi text yang panjang melebar tu haaa. Saya reply dalam blog jelah eh? Lagi panjang, lagi besssssssssssssssssst. Hahahak k. Tak lawak pun senanyeww. Hi awak, lelaki yang dulunya kita ada banyak persamaan. Kenalan kita, sesuatu yang tak disangka sangka. (Private) bulan kita berkongsi segalanya. Suka duka, asam garam sesuatu perhubungan. Sesungguhnya itu lumrah hidup. Saya tahu, awak luahkan perasaan tu semua. Mesti ada orang suruh kan? No I mean macam, awak minta pendapat kawan awak. Lepastu baru awak cakap dekat saya. Awak.................belajar lah buat keputusan sendiri. Jangan suka luahkan sesuatu perasaan tu dekat orang lain. Terutama sekali kawan perempuan. Benda tu akan lebih keruhkan lagi keadaan wak. Percayalah. Saya tahu hubungan kita makin jauh kan? Saya sedar dan saya rindu akan 'kita'. Seriously. Tapi, awak masih ada perjalanan hidup yang panjang. Sama disini masih memerah otak fikirkan study. Saya tak sangka lah yang awak nak lepaskan saya. Walaupun awak tahu benda tu perit untuk awak. Dan...........untuk saya juga :') Tapi, Allah tu kan maha Adil. Dia tahu ada yang Dia sedang lakukan. cuma, hmm ya Allah. Saya nak awak tanamkan dalam diri awak tu, sesungguhnya Allah jadikan kita tidak sempurna tapi kita dijadikan sebaik sebaik manusia. Kita diberi hati untuk menilai. Kita diberi akal untuk berfikir. Jangan fikir yang diri kita ni bagus. Kerana, setiap apa yang bagus tu, tak selalu indah. and jangan ego. Saya sedar, saya silap juga. Saya juga manusia biasa, hamba Allah yang paling lemah. Saya minta maaf if selama ni, saya ada buat awak terasa, sakit hati atau apa-apa yang buat awak terasa. Saya minta maaf, seluhur luhur dari hati saya. Saya minta maaf sangat sangat. Dan awak, ingat. If awak dapat pengganti saya, ingatlah. Sesuatu benda yang diganti itu, pasti jauh lebih baik dari yang kita ada sekarang. Wallahualam.

Saya percaya, apa yang terjadi pada kita pasti ada kebaikan dan hikmahnya. Semuanya, kita redha kepada Allah. Kalau awak memang betul-betul.....................nak undur diri :'/ ye saya faham. Saya minta maaf sebab saya tak mampu jaga awak, jaga hati awak. Saya perempuan. Saya tak mampu nak jaga hati semua pihak. Kalau lah diberi pilihan antara umi atau awak, saya lebih memilih umi. Awak, saya tahu. Walaupun awak lepaskan saya, tapi jauh dari hati nurani awak yang awak masih sayangkan saya dan awak memang nak sangat saya jadi isteri awak kan? Lololol. Perjalanan hidup awak baru je bermula kan. Jadi, apa yang saya maksudkan selama ni. Awak belajar sungguh sungguh dulu. Sama macam saya. Biarlah kita kembali berhubung untuk sesuatu hubungan yang lebih suci. InsyaAllah :') saya berundur, tak bermakna saya suka lelaki lain. Tak bermakna saya lupakan awak terus. Ingat tau. Tadah tangan, maka saya sentiasa ada bersama dengan awak, didalam doa awak. Sehingga disini. Assalamualaikum.

OLD